Sejarah IPhone 13 Pro

Pengganti kepada model iPhone 12 Pro bermula dengan pembangunan menjadikan saiz takuk 20% lebih kecil kerana penyuara pancar hadapan yang diletakkan ke dalam sisi atas dari kelongsong penderia Kedalaman-Benar (True-Depth) dan menggunakan kadar penyegaran paparan sehingga 120 Hz untuk pergerakan yang lebih lancar. Menurut khabar angin awal yang dikeluarkan, pilihan warna model iPhone 13 Pro termasuklah Emas Senja (pilihan warna Emas baharu), Rosé (langnamaan Emas), Mutiara (langnamaan Perak) dan Hitam Kusam. Walau bagaimanapun, Apple Inc. mengumumkan bahawa tiada pilihan warna Emas Senja bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan diumumkan, yang sebaliknya digantikan dengan pengumuman pilihan warna Biru Siera bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pada Acara September.[16]

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max dengan rasminya diumumkan bersama iPad generasi ke-9, iPad Mini generasi ke-6, Apple Watch Siri 7, iPhone 13 dan iPhone 13 Mini oleh acara akhbar maya yang diwagam dan dirakam di Taman Apple di Cupertino, California pada 14 September 2021. Tempahan bermula pada 17 September jam 5:00 PG PST. Harga bermula pada US$ 999 untuk iPhone 13 Pro dan US$ 1099 untuk iPhone 13 Pro Max, sama seperti generasi sebelumnya masing-masing.[17]

Rujukan

WikiPedia: IPhone 13 Pro http://web.archive.org/web/20210914182421/https://... //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9... https://www.iphoneincanada.ca/apple/luxshare-preci... https://9to5mac.com/2021/09/14/iphone-13-pros-a15-... https://9to5mac.com/2021/09/16/iphone-13-battery-l... https://support.apple.com/en-us/HT202186 https://www.apple.com/apple-events/march-2022/ https://www.apple.com/iphone-13-pro https://www.apple.com/iphone-13-pro/ https://www.apple.com/iphone-13-pro/specs/